Pages

12/31/11

Dari Kiai Yang Namanya Penghidupan



Anak itu asalnya kampung. Tidaklah hidup sesenang mana, tapi cukuplah makan pakainya. Tidak dipunya segalanya harta, sekadar yang asas itulah yang ada. Bahasa perantara yang dijadi guna, tidak sepatah Bahasa Inggeris ditutur, hanya bahasa ibunda luncur meniti di bibir. Sungguh begitu, ulangkali dipesan kata ditunjuk laku oleh ibunda, biar yang lain semua tiada, asal yang budi tersemat ada, asal yang dikata enak dicuping, dan yang dilaku tidak meluka, cukuplah itu yang mahu dipinta. Meski yang demikian, membanting tulang subuh ke sore kedua orang tua anak itu memerah keringat mencari rezeki membekal segala yang dirasa perlu, dan yang utamanya, ditekan betapa peri pentingnya ilmu agar jadinya nanti seorang ‘manusia’. Semenjak kecilnya, anak itu dibelajarkan di TASKI, yang kemudiannya dihantar pula ke sekolah rendah, yang kemudiannya dituruti sekolah asrama dan atas berkat doa kedua si tua, anak itu dapat melanjutkan pelajaran ke rantau orang. Tulis ini kerana cuba mencatit barang sefasal dua perihal yang dinampak rasa dek ekor mata anak itu. Sekadar coretan cebisan hidup si anak marhaen.

Tentang hidup. Banyak benar. Biar dimula dari sekadar yang terlintas dan lihatlah kemudian kemana akan tulis ini terkemudi. Biar dimula dengan pandang anak itu tentangnya suatu perkara yang dinamai ‘deen’. Anak itu, walau dari kecil sudah terdidik akan perkara tunjang yang gelarannya agama, yang dirasai di sini walau sama gelarannya, tapi sepertinya sisi sebelah satu lagi syiling itu. Kerana di tanah air itu ramai sekali yang berpegang ajaran yang sama. Tambah lagi, yang ada dikampung itu hampir semuanya berpegangan yang sama, sekolahnya sekolah melayu, kawannya hampir semua melayu, dan melayu itu sinonimnya islam. Dan kelas agamanya setiap masa. Pandangnya, cukuplah rasanya kalau dirasa sudah betul faham agama sendiri. Ujian pun markahnya baik sentiasa. Setakat Subjek Agama hanya sebelah mata sahaja memandang. Iyalah, segala definisi dari segi bahasa mahupun istilah sudah dihafal, segala rukun, syarat sah, segala yang haram halal semuanya dihafal sudah. Apa lagi yang ada? Kerana cikgu pun ajarnya setakat itu. Sering pula diberi puji. Nah, sudah anak itu menjadi si ‘terpelajar’. Tetapi, seperadaan anak itu di sini, maaflah kalau dikata begini, tapi yang dirasai anak itu agama yang dipelajari itu lebihnya kepada budaya darinya pegangan. Lebih kepada hafalan darinya fahaman. Memanglah seribu satu solat ditunjuk ajar, himpunan doa dihafal arabnya, puasa Ramadhan sehari tak tinggal, surah di kalam suci disuruh hafal. Betullah, semua itu penting sekali untuk disemat di dalamnya dada, memang perlu untuk dihafaz, akan tetapi dalam ustaz-ustazah sibuk menyuruh si anak itu mengingat semua yang perlu, mereka bagai terlupa ‘rempahan utama’ dalamnya ia.

12/4/11

Cerita Dulu - Malaysian Night 2009


Cerita lama yang dijumpa tika menyelongkar melihat-lihat segala yang ada di dalam 'hard drive' :)


M N

Wednesday, November 25, 2009


Salam…masuk hari nie dah hampir 5 hari since Malaysian night ended…somehow aku rasa xsenang duduk selagi xtulis apa2…walaupun maybe akan ada orang kata event tu dah lama habis and maybe ada orang dah pon lupa the feeling on that night…but that’s not the case for me because I feel like it’s just yesterday we held the event…dengan cuti thanksgiving yg bermula harini di harap dapatlah diguna beberapa minit masa kalian untuk go through nukilan yg x seberapa ni… :)


12/3/11

Hidup

(Tulisan berikut dikarang atas permintaan Kelab UMNO Luar Negara NY/NJ untuk laporan tahunan kelab sesi 2010/2011)

HIDUP

            Penglibatan saya dalam aktiviti kemasyarakatan di rantau ini (Amerika Syarikat) bermula pada bulan Disember 2010 yang mana rata-rata aktiviti yang saya libati kebanyakannya adalah di bawah anjuran bersama oleh NYCares (New York Cares), iaitu salah satu badan sukarela bukan kerajaan yang terbesar di Amerika Syarikat, dengan pelbagai agensi lain yang terdapat di sini. Selain itu saya turut juga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang digerakkan oleh pelbagai badan lain di sini antaranya termasuklah National Brain Tumor Society, Islamic Relief dan juga American Red Cross. Secara peribadinya, saya merasakan yang alangkah baiknya andai saya dapat melibatkan diri dengan program seperti ini lebih awal lagi kerana amatlah banyak perkara yang saya pelajari. Dari setiap aktiviti yang saya lakukan, setiap satunya mengajar saya suatu yang baru mengenai ‘hidup’; titik perbezaan yang wujud sesama insan, titik persamaan yang tidak kurang banyaknya, kepelbagaian jendela yang digunapakai untuk  memandang nilai laku dalam kehidupan,  dan segala ini menggambarkan akan betapa uniknya setiap satu makhluk yang bergelar manusia itu. Kadangkala yang terlihat umum hanyalah para sukarelawan yang turun menghulur tangan memberi bantuan dan habis setakat itu sahaja. Saya adalah antara yang tidak bersependapat dengan kesimpulan itu. Walaupun mungkin ada benarnya, tetapi untuk saya bersetuju, jauh sekali. Ia lebih dari sekadar itu. Sekadar pengamatan yang terbatas oleh diri ini, bilamana seorang itu menghulur tangan, yang ditolong itu tidaklah lain dari yang banyaknya keatas diri sendiri kerana dengannya, ia membantu ‘menghidupkan’ kembali seorang itu, membangun-sedarkan segala nilai kemanusiaan yang mungkin ‘terlena’ dalam diri, dan menjadikan manusia itu lebih manusia.

11/19/11

Lelap


"Andai hendak dihitung nikmatnya, pasti tidak termampu terkira olehnya manusia"

Selalu sudah terngiang kata itu. Cuma selalunya terlepas pandang segala yang dikurnia. Teruk lagi, bersyukurnya tidak tapi juih mulutnya tak henti. Selalunya manusia itu hanyalah mula menghargai sesuatu itu bilamana kehilangannnya, bilamananya ia hilang atau ditarik kembali. Barulah dirasa peri ihsannya Dia yang mengatur lalu semua perkara. Tanpa dipinta, misih Dia memberi. Detik ini, diri kerdil ini bersyukur ke hadratNya kerana diberi ajar mengenai suatu perkara dilaku sehari-hari tanpa sebarang sesak yang selalu dilupa yang ianya adalah nikmat yakni tidur. Atau setakat yang ingin dibicara, bisa tidur tanpa terganggu dek sebarang apa sepertinya kesakitan atau kerunsingan.

Mungkin sesetengah tidak rasa yang tidur itu sendirinya adalah suatu nikmat, kerna semua orang melaluinya, dan apalah sangat hendak dikira tidur sebagai suatu yang patut diperbesarkan jika dibanding dengan segala kurnia yang lain. Sendiri ini meski tahu yang tidur adalah nikmat, tetapi tidak pernah pula betul-betul mensyukurinya. Di sini Dia, dengan belas ihsanNya memberi ruang untuk diri ini menyedari akan besar sebenarnya nikmat itu. Beberapa ketika ini, bilamana pembaringan tidak menjadi suatu yang bebas, yang mana sebahagian bahagian tubuh kurniaanNya terasa seolah dicucuk, dan posisi yang 'selesa' untuk melelapkan diri hanyalah dengan duduk bersandar, terasa yang sebenarnya berbaring itu sebenarnya suatu nikmat. Dan setakat ini, kadangkalanya yang boleh terlelap dengan berbaring, selalu pula dibangunkan oleh bisa yang mengunjung secara tiba-tiba setiap beberapa jam sela waktu. Alhamdulillah, diajar lagi olehnya Dia yang selalu dulu yang lelap dengan bebasnya semahu hati itu juga satu kurnia yang amat besar. Manusia itu banyaknya belajar dari apa yang dilaluinya dan untuk itu, diri ini bersyukur kerana diberi peluang untuk diajar akan besar nikmat nilai kurnia ini. 

11/17/11

Kamu

Mok2. 10 tahun lepas, kamu baru 2 tahun. merangkak lagi. Yang along ingat misih bertatih itu, besar sudah rupanya kamu. Kamu pun dah ada kad pengenalan sendiri.  Harini result UPSR kamu dapat. Dari dulu dah along cakap dah kan kamu boleh ;) Tapi yang sekarang along nampak depan kamu banyak sangat jalan tersedia, yang semuanya empunya suatu yang bisa menggelincirkan. Segala yang sekeliling tak semuanya puitis, tak semuanya ajar kamu jadi manusia. Tapi kamu yang along kenal kamu yang bagi semua duit belanja dekat kawan waktu rehat sebab dia tak berduit yang sudahnya kamu sendiri tak makan, kamu yang marah abah kalau abah terlepas pandang makcik tua yang minta  sesen dua di tepi jalan, kamu yang menitis air mata bila terlihat anak somalia yang hanya bertulang kebuluran, kamu yang tak boleh tidur malam kalau ada yang tak sihat dalam rumah, kamu yang sampai kesudah rasa tak senang kalau terbuat salah, kamu yang tak pernah boleh tengok orang susah. Tak banyak yang along nak, cukuplah kalau setakat yang ada itu tak hilang, cukuplah kalau yang dirasa itu yang jadi cara kamu nilai segala satu. Mok2




11/7/11

Si ditunggu



Bertahun sudah masanya lalu,
Kembara engkau di rantau orang,
Ditinggal semua kerabat kenalan,
Langkahmu pijak ditanah gharib,


Kau,



Ditunggu-tunggukan kepulanganmu,
Dinanti-nantikan ketibaanmu,
Saban hari sekian lama,
Setiap detik setiap waktu,


Ini


Tanya ini padanya empunya jasad yang kata dirai,


Apa bikin kau ingat begitu?
Apa dah kau ada apa dah kau milik?


Apa hasil penantian berzaman?
Apakah hanya tahunan yang lalu bazir tersisa?


Yang disemat di dada itu apakah rasa?
Yang dipahat di akal itu apakah ilmu?
Yang ditabiat itu apakah amal?
Yang diguna pakai memandang alam jendela mana yang jadi selakan?
Yang dijadi asas penimbang laku apa pasak pancangnya?
Yang luncur lalu meniti bibir asal mana musabab apa gimana cara katanya diuntai?


Bebaris soal atas terbait,


Berjawablah sendiri dengannya diri,
Layakkah sudah jadi yang ditunggu itu.

11/5/11

Detik

Aku tak rasa yang aku layak bicara tentangnya masa. Kerna aku akui yang acap kali masa ku terbuang. tak terkawal. Terbazir tanpa makna. Bukan tak pernah tak ditepatinya masa. dan bukan sekali ia berlaku. Tapi biarlah cuba aku bicara sedikit tentang nya waktu. Dan aku rasa tulis ini lebihnya memberi ingat diri sendiri bilamana disusur ayatnya di kemudian hari. Bila disumpah oleh tuhan dalam ayat yang rata-rata nya antara kita sedia maklum, sudah pasti bukan calang benda yang disumpahkan itu. Demi masa. yang mana insan itu sering kerugian. Masa. Usia. Tenung kembali. 


Rugikah aku?


22. Bukan lagi belasan. Mencecah puluhan sudahnya. Apa manafaat setiap usaian tahun telah diberi pada sejagat? Dikata. waktu muda waktu segala bisa dicanang. Segala apa boleh dibuat. orang dulu. Bisa saja dia membuka kota gah. Membebas dari empayar kebal. Yang satu lain, bisa saja menghayun bilah menempur musuh. Ada yg cuma berbekal lastik getah tapi sanggup menjejak medan. Yang lain lagi, difaham hafal ribuan kalimah, dibelek baca segala kitab, diingat lantas menjadi ilmuan terbilang. Bisa saja pula yg satu lagi mendebat nya raja. dikata lagi. Beri aku 10 pemuda nescaya mampu ku gempar dunia. Sudah. Itu bukti yang usia muda dikata permata. Kudrat keringat darah gelegak. Segala dihajat boleh dilaku. Hanya percaya ataunya tidak. Atau kisah atau buat tak endah. 


Di takuk ini, sudah yang lain mengecap suatu. Tapi aku? Bercermin selalu perlunya diri. Mampukah jadi rijal itu? Bercermin dulu perlunya mesti. Bukan calangan yang mampu berlaku dewata. Bukan picisan yang menggegar langit. Bukan yang kusam menggoncang dunia. Sematkan dada dengan segala. Lihat cermat isi semesta dunia. Belajar dari semua yang ada. Hargai setiap yang dilalu. Buat sempadan andai terlajak dan ambil panduan segala satu. Kejar matlamat SANA yg kekal mutlak, kan diberi mudah segala di SINI. Memang banyak kurangnya lagi marhaen ini, tapi dicuba menjadi yang lebih dari hari semalam. Cuba tidak menjadi yang rugi itu. Andai yg nampak jalan dilalu tersasar, yang dilaku tak serupa bicara, yang terbuat tidaknya patut, betulkan ia sekadar ada. 


Pesan ringkas. Singkap kembali. Hidup. Apa ertinya. Untuk siapa. Apa perlu. Setiap laku. Apa niat. Untuk siapa. Yang mortal? Atau yang Esa? Ingat mati. Kerna ia pasti. Apa dilaku kan ditinggal kenang. Andai dilupa insan, tidak mungkin segala itu dilupa Dia. Kan dihitung di neraca SANA. Senget mana penimbang itu? Rasanya sendiri lebih tahunya.


Jadi yang mana? Janganlah jadi si rugi itu.

10/23/11

lsn


Nobody can gives you as much lessons as your own life. You are tested from every corner; some just come upon you gently, but most of the times, they are not that beautiful. Sometimes it is just something that you’re not supposed to do, but you did it anyway. Pay the price and face the harsh consequences of your own action. Neither uttered words nor past actions could be taken back. They’ll stay there whether you like or not. Value each piece that slips off of your tongue and each action that materialized through your limbs. Weigh them accordingly or else you’ll end up regretting every single one of them. Deciding to take everything to yourself, because you think that you can ‘handle’ or you are thinking that you are ‘helping’ sometimes may not be the right thing to do. It’s not always what ‘you’ feel or think, but it is how 'he/she/they' feel and think that matters. Rather than providing a ‘helping hand’, your actions and words would sometimes just worsen the situation. Rather than assisting, you’ll end up hurting the people around you. & before you know it, you'll be hurting no other than your own self (the most). I just learned it. Through the hard way. I wish a 'sorry' could fix it, but I know, it's not. Regret. Reflect. Remember. Learn. Live. 




.some things are better left unsaid.

10/4/11

Tersentak


Hampir sudah berteleku darinya hamparan. Tiba singgah Richard pekerja 'physical plant work order' membetul sinki yang diadu tersumbat.  Tetiba. Sesudah bangkit. Bertanya dia. Mengapa diri bersujud? Berkata dia yang dianya berhimpun tiap Ahad dan tiap pagi tika bangun ditadah tangan disyukur nikmat diberi hidup. Doanya selalu untuk diri, ibu ayah, keluarga, sanak-saudara. Ditanya kembali mengapa pulanya aku bermunajat begitu?

Tersentak disitu. Ada jawapan terlintas di kalbu. Tapi tika itu langsung sungguh tidak tertitip. Walau baru sangat sudah mengadap. Tapi tiba tak berupaya menjawab. Seolah sepertinya terasa berat hendak meluah. Terasa bagai diusul suatu agenda bermakam kerabat. Tetiba. Teringat satu ayat. Sedikit kait. Sesungguhnya yang demikian itu sangatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk. Terasa ditanya suatu yang sangatnya berat. Seolah disoal atas apa dilaksana tanggungjawap. Atas apa terdorong berbuat sedemikian? Apa gunanya berbongkok tunduk?

9/26/11

Banding

Terjangkau tidak menggapai tak tentu

Indah mulia perilaku

Faseh tutur kata diseru 

Angkasa merewang semesta ilmu

Pucuk umbi genap tahu

Andai mahu disama lah itu

Secebis tidaknya layak dikata

Kerikil lesu letak gah gunung

Kerik cengkerik dentum petir

Titis embun paluan empoh

Kelip kunang ruap mentari

9/20/11

Hati Si Tua

Bertamu semalam ke rumah tua. Bicara intim dengannya si nenda. Dikisah tentang hidup yang seolah baru semalam masanya muda. Perihal anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Dikasih disayang tanpa dileka. Kemudian lahir dari anak itu penyambung zuriat. Tambah bahagia pada si tua. Oh. Sayang sungguh si nenda itu pada cucu perempuannya. Foto terbingkai di birai jendela. Betul bersebelah katil pembaringan. Diusap, ditenung, dikucup selalu. Hanya itu kininya mampu. Sayangnya sekadar mulus dihembus. Harap tiup angin sayang kan sampai mengusap ubun kepala si kecil itu. Membelai halus pipi gebu itu. Dalam mengenang cucu tersayang, terlihat titisan mutiara tergenang. Berkaca kelopak matanya. 

8/31/11

Menang Kalah

        Menang. Kalah. Apa erti menang apa erti kalah? Bila boleh dikata menang bila boleh dikata kalah? Rasanya hanya bisa dikata menang bila yang dijuang berjaya dijulang. Dikata kalah bila ditumpas jatuh tersembam. Aidilfitri satu kemenangan. Satu perayaan. Ada orang katanya cliché. Apa yang dirai? Apa yang telah ditumpaskan? 30 hari sebelum syawal. Apa lainnya diri dari yang dulu? Bertambah amal atau hanya tambahan berat? Berubah laku atau sekadarnya berubah masanya makan? Diolah acukah segala didada? Atau dibiar lopong sekadar ada? Layakkah dikata disambut 1 Syawal dengan kemenangan? Andai beza fajar Ramadhan dan fajar Syawal sekadar boleh atau tidaknya berjamu di meja sarapan, lupakan saja istilahnya menang. 30 Ramadhan. Ada orang berkali khatamnya Quran. Ada yang sampai ke muka tengah. Ada yang selak sedikit lembar. Ada sekadar tergerak nak buka. Yang sekadar melihat di ekor mata. Ada yang buat endah tak endah. Yang manakah diri? Rujuk sendiri. Adakah merai lepasnya makhluk terkutuk dari rantaian? Merai teguh perisai iman yang ditempa di hari-hari bulan barakah itu?  Mana satu? Atau sekadar diperkasa nafsu nya makan. setelah berlapar haus disiang hari. Dilahap segala di senja kala. Fikir sendiri.

8/20/11

Kepompong

source

Kepompong. Darinya ulat sebelum. Walau kerjanya berjamu senantiasa. Berjamah saja tanpa mengira. Tapi. Dek kerna letih mesti mengengsot kesana kemari. Lalu bertukarlah bentuk jadinya kepompong. Katanya: Oh enak sekali dalamnya sini. Dalamnya disalut berkalung sutera. Enak beradu. Maha selesa. Mahukah selepas ini menjadi rerama? Ah. Pedulikan. Nanti mungkin dimamah terik mentari. Atau dipanah olehnya petir. Atau dicarik sayap olehnya ranting. Atau tersangkut jala lelabah. Nah. Kan jadinya nanti jamahan pemangsa. Selamat lagi disini. Bukankah kepompong ini selamat amat. Keras nya cengkerang luar bak perisai. Menahan apa jua datang menusuk. Apa manafaat digadai naim ini dengan nya mungkin bahaya. Jika itu pilihnya. Benak benar ulat dalam kepompong itu. Cetek sekali telahannya. Dunianya ulat kan berlangit keras dinding kepompong. Kalaunya mati berkeranda terus dalamnya situ. Siapa kan datang bagi peduli. Diri sendiri enggan mencari. Bukan lah disuruh mencari bala tapi cuba merasa rahmat. Mencari berkat. Bayang. Satu umpama. Kepompong. Asalnya mana? Ulat. Asalnya mana? Telur. Asalnya mana? Ibu rerama. Asalnya mana? Bersama ayahnya rerama lalu buntingnya ibu rerama. Asalnya mana? Ketemu di tengah hutanan rimba tika berterbang ditengah hari. Bertebar mengecap nikmat semesta. Merantau selang antara belantara. Menjamu madu dilain bunga. bersua jumpa dikelopak sama. Macam mana mungkinnya? Kerna mereka adalah rerama. Hasil kepompong. Yang memecah keluar kamar selesa. 

8/11/11

Sifir Itu

Sifir itu bilangnya mudah. Yakni melihat setiapnya dari lensa yawmud-deen. Yapi buatnya tidak semudah. Senang sekali bicara akan suatu perkara. Tapi laksana seringnya tidak. Ingatkah pada sifir itu? Bertanya Dia yang mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? Itu sangatlah dibenci jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Ingatkah pada sifir itu? Sekadar memperingat diri yang alpa akan segala pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan yang akan menjadi saksi akan segala yang dikerjakan. Diri yang hanya memaling menadah bila ditimpa musibah dan susah, dan pabila diberi anugrah kurnia nikmat terus lupa segala bencana yang dulu ditimpa. Ingatkah pada sifir itu? Sering diucap yang diri beriman tapi sangkakah dibiar saja dikata begitu tanpa diuji? Nilai laku kerna risau dijadi indah segala yang tidak nya elok. Pinta diilham segala syukur supaya adanya tetap dalam limpahanNya. Andailah kelak berkira-kira rujuk kembali padanya sifir. 

8/6/11

Paku

727110236

Dikata orang segala laku tak boleh diundur. Laku buruk meski diinsaf kan tetap menjadi titik hitam dalamnya hidup. Darah muda membenar segala. Disangka kesannya tersisip dalam lipatan sejarah. Meleset sama sekali. Kelmarin dulu, walaupun tidak seskala sebesar diulang dia perkara yang sama. Cuba dibetul segala itu. Disampai diutai apa terbuat tidaklah patut. Fikirkah sebelum berbuat? Wajarkah dibalas jahat dengannya keji? Selesaikah masalah yang sedang berawang? Hormatkah muncul seusai hari? Mudah sekali dia menjawap. Bukankah pernah dulu membuat benda yang sama? Mana pergi akal rasional dulu? Mana pergi segala yang dikhutbah padanya? Tertusuk tajam segala nya kata. Benarlah dikata para pendita. Walau dicabut kayu dipaku meski kayu licinnya lalu lubangnya paku kan tetap disitu. Andai diingin kayu yang licin jangan dipaku ia bertalu kerna tertusuk sekali ia disitu meski dicuba segala yang perlu kesannya pasti bersemi terpatri. Biarlah diri tidak berharta. Biar darjat tidak seberapa. Asal terjaga tatasusila. Cukuplah dia sekadar adanya. 

8/5/11

Jewish Home Bingo Night


Picture from bingogamesfree.com

It's been a while since I last played bingo and if I'm not mistaken, the last time I played it was when I was in primary school. After about 10 years not playing it, At the Jewish Home's Bingo Night, I "re-learn" how to play it with the elderly there. It is slightly different from what I know. The one I used to play w/ my friends was something like we got to write the number from 1-100 on the 10 x 10 boxes, and we we'll take turn calling a number and whoever manage to cross the first bingo (a vertical/horizontal/diagonal) won.

7/30/11

Jangan Lupa Jangan Ingat


Jangan lupa hidup tak lama

Jangan lupa hidup tak dipunya semata

Jangan lupa hidup diberi siDia

Jangan lupa masa diberi olehnya kenapa

Jangan lupa masa kan tidak dapat diundur

Jangan lupa masa kan ditanya apa buatnya

Jangan lupa nikmat diberi pada yang diuji

Jangan lupa nikmat diberi pada yang disuka

Jangan lupa nikmat diberi pada yang dimurka

Jangan ingat sedetik selepas pasti diramas

Jangan ingat segala laku berlalu 

Jangan ingat semua budi basi

Jangan ingat semua nista dilupa

Jangan ingat pegang tali itu mudah

Jangan ingat jalan serakah itu payah

Jangan ingat betul itu ringan

Kerna ringannya betul hanya pada yang percaya



"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa diri sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada tuhan kamu"
45:15


7/20/11

VI

Terkadang terfikir apa berlaku andai dibiar segala dirasa

Dibiarnya saja, diluah tidak, dipendam disimpan

Terlintas kadang dalam menunduk menyonggengkah ia

Disangka molek benarkah ia

Disangka jelek dangkalkah ia

Berehsanlah teman sesama kita

Berbuat nista janganlah sedara

Adat dijunjung dipuncaknya ubun

Agama disemat diulunya hati

Merantaulah jauh seberang mana

Ingat sedara kasih keluarga disisi senantiasa

Teman disisi jangan disisa

Tawa tangis samalah dirasa

Kata diuntai cubalah dikota

Andainya tidak kelak terluka


seorang

7/17/11

Bronx Zoo with PS 399K


KIDS + ZOO = FUN!!


The above equation can never be wrong, especially for Samantha and Andrew (and me :p) from PS 399K (Public School 399, Grades K) in Brooklyn. For this project, every volunteer was assigned w/ 2 kids to be under his/her supervision. The way the kids and the volunteer get paired up was quite unique. Both kids and volunteers each stand in line facing each other. Then, each kid will pick who they wanted as their big bro/sis for the trip. Volunteer w/ 2 kids was considered 'full' and need to step back from the line. While one by one kid choose who they wanted to be with, I prayed not to be the last one on the line because that means that you are not popular among the kids. lol. and luckily I wasn't the last one to be chosen :D . Anyway, we rode the school bus to go there and it took about an hour from Brooklyn to Bronx. Before boarding the bus, I was informed by the team leader that this was the first project conducted by New York Cares after their establishment and still going on up till now on monthly basis. 

7/9/11

V

"Kematian itu sangatlah hampir,

Izrael senantiasa sedia memanggil,

Tidakkan mampu ku lawannya takdir,

Tiap waktu tiapkan detik,

Cukupkah amal untuk dipetik?

Atau diraih dosa berbuih?

Syurgakah aku diakhir nanti?

Atau direntung olehnya api?

Bertemankan iblis?

Berkawankan malaikat?

Nabi kah menanti?

Atau Firaun di sisi?

Akalku lupa kalbuku alpa,

Kerap berfoya nikmat dunia,

Acap terlupa akhirat sana,

Pohon ku kawan diberi ingat,

Tunjuk ku arah beriku nasihat,

Bantulah aku menjadi taat,

Moga selamat dunia akhirat"

Janaaza Workshop at ICNYU

Pengurusan jenazah adalah keperluan fardhu kifayah yang bermanafaat dan penting untuk diketahui oleh setiap individu muslim. Tidaklah wajib untuk mempunyai ilmu mengenainya akan tetapi dengan memiliki sedikit sebanyak pengetahuan akannya dapat memberi kemaslahatan kepada ummah. 


Terdetik untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hal ini dan bagai tersuluh jalan si buta ini pabila mendapat tahu yang Islamic Center at New York University (ICNYU) telah mengambil inisiatif menyediakan bengkel pengurusan jenazah yang terbuka kepada umum. Tanpa lengah diri ini mendaftar untuk mengikuti program tersebut dengan harapan dapat menambah input yang bermanafaat. Bengkel tersebut yang dikendalikan oleh Syaikh Khalil Abdur-Rashid dibahagikan kepada 3 sesi yang mana setiap satunya memberi penekanan kepada aspek-aspek yang berbeza mengenai kematian. 

7/8/11

Islamic Center at New York University (ICNYU)

Islamic Center at New York University (ICNYU) adalah salah satu daripada entiti yang bertindak selaku suara muslim di Amerika Syarikat. Mereka menyediakan pelbagai program sepanjang tahun yang disediakan bukan sahaja kepada pelajar di NYU malah dibuka kepada umum. Dengan keadaan dunia masa kini yang mana ajaran Islam sering disalah tafsir oleh lensa media dan tabloid, ICNYU cuba untuk memperbetulkan kembali persepsi umum mengenai ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. ini. Fokus mereka adalah kepada kelompok yang masih menuntut di universiti kerana generasi inilah yang bakal mencorakkan masa depan kelak. Mereka adalah kolompok paling berpotensi untuk memiliki pengaruh yang besar dalam komuniti yang mana dengan mereka memiliki gambaran sebenar akan ajaran ini (Islam) diharap dapat sedikit sebanyak mengubah pandangan serta layanan mereka terhadap umat Islam secara amnya. Bagi yang bukan sebahagian daripada penuntut di NYU, mereka boleh men'subscribe' kepada 'newsletter' untuk menerima segala 'update' akan aktiviti atau program yang dianjurkan oleh ICNYU.

7/7/11

Help Collect Coats at Penn Station

image taken from NYCares.org


W/ the temperature close/less than freezing outside, walking around 6 a.m in the morning is not an easy thing to do, especially for one who's coming from tropical country where it's summer all year round. But rather than curling up in bed for the whole day, I thought that there's something better for me to do. That's when I browse through the list of projects and come across the 22nd Annual New York Cares Coat Drive.


For this project, I need to be at NY Penn Station as early as 7 o'clock in the morning. Given that the walking time from my room to the path train is 30 minutes and the  duration from the path train to 33rd street is 20 minutes, the total travel time will be about an hour (+- 10 minutes waiting time for the train). And it means that I need to leave my room exactly or before 6 a.m. I don't know how (because i'm not so much of an early-riser) but just believe me that I was able to made it on time for the project (yes I did!).  Disregarding the fact that i'm able to be there on time (sorry folks for stressing that points out :p), let me tell you a little bit about it. 

7/4/11

IV


Andai adab dipandang enteng

Andai cerca dijadi bahasa

Andai hormat hanya disisa

Apakan jadi padanya bangsa

Apalah jadinya pada budaya

Apakah agama hanyalah nama?



Bronx Zoo
May 14 2011,1126

7/3/11

Masihkah Kau Bermain Seruling

Masihkah kau bermain seruling
walau waktu telah terlewat untuk kita bercinta
aku semakin terasa bersalah
melayani godaan irama
lagu yang tersimpan pada lorong halus buluh
dikeluarkan oleh nafas seniman
diukir oleh bibir
diatur oleh jari
dilayangkan oleh alun angin
menolak ke dasar rasa.
Masihkah kau bermain seruling
ketika kampung semakin sunyi
sawah telah uzur
waktu jadi terlalu mahal
untuk memerhatikan hujan turun
merenung jalur senja
mengutip manik embun
menghidu harum bunga.
Masihkah kau bermain seruling
ketika aku terasa mata bersalah
untuk melayani rasa rindu padamu
di kota yang semakin kusut dan tenat
adik-adikku menganggur dan sakit jiwa
bangsaku dipecahkan oleh politik
saudara diserang bom-bom ganas
dunia sudah terlalu tua dan parah.
Di sinilah berakhirnya percintaan kita
kerana zaman sedang menuntut para seniman
hidup di luar dirinya.

7/2/11

God's Love We Deliver Meal Prep



This is the first meal related project that I did. Just so you know, I ain't that good in cooking but my Abah is SUPERB at it. I wonder why doesn't I inherit the skill from him (it's proven here because every time I cook, my food doesn't have any resemblance w/ the one that he prepared, both 'rupa'wise and 'rasa'wise, AT ALL, even though he already provided me w/ the recipes and I wonder why is that so. Maybe the 'masak sedap' traits had gone astray for this one. heh). Okay2. Back to this project.

6/30/11

Mayor's Alliance at Whiskers in Wonderland



Hey hey. This time around I went to set up booth for pet adoption at Whiskers in Wonderland hosted by Mayor's Alliance for NYC's animals. The event took place at Metropolitan Pavilion on December 12th, 2010. I got to see hundreds of cats (yes hundreds!), rabbits, and dogs. Oh, there were also few exotic animals to be adopted including snakes and iguanas. 

6/27/11

III

Prayer is the ultimate wireless connection

'The kite runner'
Washington DC

6/23/11

Holiday Party and Meal Service at Times Square/Common Grounds



First project! 

After I become an official New York Cares members, I didn't wait too long to do my first project. As I arrived home from the orientation, I quickly browsed on the NYCares website to look for any project available. Oh I forgot to mention that i'm currently in my winter break (when I did this project). While others went to Europe, or Florida, or Bahamas, or Colorado or even went back home (Malaysia), i'm just here, staying in my tiny little room. I decided to do so (not going anywhere) because I believe that there's much more things in the city that I could do. (another reason was that I already spent most of my money for snowboarding and kinda broke now. lol). 

6/19/11

II



Ingin dicoret secebis fikiran. Ternukil di kala bintang bekerdip. Dikala mentari terlindung teriknya. Purnama pula memancar sinarnya. Kini ku disimpang bercabang. Seribu satu ruang peluang. Terhidang segala ragamnya hidup. Seribu satu jalan disedia. Nikmat kudrat masih dirasa. Nikmat masa tersedia senantiasa. Sejenak kuterfikir. Apakah layak ku terima segala. Siapalah aku diberinya semua. Bukankah aku hanyalah hamba? Ehsan nya dia sang pencipta. Memberi segala tanpa mengira. Kian memberi walau sering ku lupai. Derhakanya aku dibalasnya belas. Tika ku ingat aku bertaubat. Acap ku lupa merewang ku sesat. Hatiku pohon dikurnia hidayah. Agar dipimpin dunia akhirat.

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)" (3:135)