Pages

11/19/11

Lelap


"Andai hendak dihitung nikmatnya, pasti tidak termampu terkira olehnya manusia"

Selalu sudah terngiang kata itu. Cuma selalunya terlepas pandang segala yang dikurnia. Teruk lagi, bersyukurnya tidak tapi juih mulutnya tak henti. Selalunya manusia itu hanyalah mula menghargai sesuatu itu bilamana kehilangannnya, bilamananya ia hilang atau ditarik kembali. Barulah dirasa peri ihsannya Dia yang mengatur lalu semua perkara. Tanpa dipinta, misih Dia memberi. Detik ini, diri kerdil ini bersyukur ke hadratNya kerana diberi ajar mengenai suatu perkara dilaku sehari-hari tanpa sebarang sesak yang selalu dilupa yang ianya adalah nikmat yakni tidur. Atau setakat yang ingin dibicara, bisa tidur tanpa terganggu dek sebarang apa sepertinya kesakitan atau kerunsingan.

Mungkin sesetengah tidak rasa yang tidur itu sendirinya adalah suatu nikmat, kerna semua orang melaluinya, dan apalah sangat hendak dikira tidur sebagai suatu yang patut diperbesarkan jika dibanding dengan segala kurnia yang lain. Sendiri ini meski tahu yang tidur adalah nikmat, tetapi tidak pernah pula betul-betul mensyukurinya. Di sini Dia, dengan belas ihsanNya memberi ruang untuk diri ini menyedari akan besar sebenarnya nikmat itu. Beberapa ketika ini, bilamana pembaringan tidak menjadi suatu yang bebas, yang mana sebahagian bahagian tubuh kurniaanNya terasa seolah dicucuk, dan posisi yang 'selesa' untuk melelapkan diri hanyalah dengan duduk bersandar, terasa yang sebenarnya berbaring itu sebenarnya suatu nikmat. Dan setakat ini, kadangkalanya yang boleh terlelap dengan berbaring, selalu pula dibangunkan oleh bisa yang mengunjung secara tiba-tiba setiap beberapa jam sela waktu. Alhamdulillah, diajar lagi olehnya Dia yang selalu dulu yang lelap dengan bebasnya semahu hati itu juga satu kurnia yang amat besar. Manusia itu banyaknya belajar dari apa yang dilaluinya dan untuk itu, diri ini bersyukur kerana diberi peluang untuk diajar akan besar nikmat nilai kurnia ini. 

2 comments:

Adibahbaik said...

sabar banyak2. setiap kesakitan tu kan penghapus dosa yang lalu? huhu

msmi said...

@adibah: iA. alhamdulillah masih diberi peluang untuk beringat. thanks dibah!