Pages

7/30/11

Jangan Lupa Jangan Ingat


Jangan lupa hidup tak lama

Jangan lupa hidup tak dipunya semata

Jangan lupa hidup diberi siDia

Jangan lupa masa diberi olehnya kenapa

Jangan lupa masa kan tidak dapat diundur

Jangan lupa masa kan ditanya apa buatnya

Jangan lupa nikmat diberi pada yang diuji

Jangan lupa nikmat diberi pada yang disuka

Jangan lupa nikmat diberi pada yang dimurka

Jangan ingat sedetik selepas pasti diramas

Jangan ingat segala laku berlalu 

Jangan ingat semua budi basi

Jangan ingat semua nista dilupa

Jangan ingat pegang tali itu mudah

Jangan ingat jalan serakah itu payah

Jangan ingat betul itu ringan

Kerna ringannya betul hanya pada yang percaya



"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa diri sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada tuhan kamu"
45:15


No comments: