Pages

12/31/11

Dari Kiai Yang Namanya Penghidupan



Anak itu asalnya kampung. Tidaklah hidup sesenang mana, tapi cukuplah makan pakainya. Tidak dipunya segalanya harta, sekadar yang asas itulah yang ada. Bahasa perantara yang dijadi guna, tidak sepatah Bahasa Inggeris ditutur, hanya bahasa ibunda luncur meniti di bibir. Sungguh begitu, ulangkali dipesan kata ditunjuk laku oleh ibunda, biar yang lain semua tiada, asal yang budi tersemat ada, asal yang dikata enak dicuping, dan yang dilaku tidak meluka, cukuplah itu yang mahu dipinta. Meski yang demikian, membanting tulang subuh ke sore kedua orang tua anak itu memerah keringat mencari rezeki membekal segala yang dirasa perlu, dan yang utamanya, ditekan betapa peri pentingnya ilmu agar jadinya nanti seorang ‘manusia’. Semenjak kecilnya, anak itu dibelajarkan di TASKI, yang kemudiannya dihantar pula ke sekolah rendah, yang kemudiannya dituruti sekolah asrama dan atas berkat doa kedua si tua, anak itu dapat melanjutkan pelajaran ke rantau orang. Tulis ini kerana cuba mencatit barang sefasal dua perihal yang dinampak rasa dek ekor mata anak itu. Sekadar coretan cebisan hidup si anak marhaen.

Tentang hidup. Banyak benar. Biar dimula dari sekadar yang terlintas dan lihatlah kemudian kemana akan tulis ini terkemudi. Biar dimula dengan pandang anak itu tentangnya suatu perkara yang dinamai ‘deen’. Anak itu, walau dari kecil sudah terdidik akan perkara tunjang yang gelarannya agama, yang dirasai di sini walau sama gelarannya, tapi sepertinya sisi sebelah satu lagi syiling itu. Kerana di tanah air itu ramai sekali yang berpegang ajaran yang sama. Tambah lagi, yang ada dikampung itu hampir semuanya berpegangan yang sama, sekolahnya sekolah melayu, kawannya hampir semua melayu, dan melayu itu sinonimnya islam. Dan kelas agamanya setiap masa. Pandangnya, cukuplah rasanya kalau dirasa sudah betul faham agama sendiri. Ujian pun markahnya baik sentiasa. Setakat Subjek Agama hanya sebelah mata sahaja memandang. Iyalah, segala definisi dari segi bahasa mahupun istilah sudah dihafal, segala rukun, syarat sah, segala yang haram halal semuanya dihafal sudah. Apa lagi yang ada? Kerana cikgu pun ajarnya setakat itu. Sering pula diberi puji. Nah, sudah anak itu menjadi si ‘terpelajar’. Tetapi, seperadaan anak itu di sini, maaflah kalau dikata begini, tapi yang dirasai anak itu agama yang dipelajari itu lebihnya kepada budaya darinya pegangan. Lebih kepada hafalan darinya fahaman. Memanglah seribu satu solat ditunjuk ajar, himpunan doa dihafal arabnya, puasa Ramadhan sehari tak tinggal, surah di kalam suci disuruh hafal. Betullah, semua itu penting sekali untuk disemat di dalamnya dada, memang perlu untuk dihafaz, akan tetapi dalam ustaz-ustazah sibuk menyuruh si anak itu mengingat semua yang perlu, mereka bagai terlupa ‘rempahan utama’ dalamnya ia.

12/4/11

Cerita Dulu - Malaysian Night 2009


Cerita lama yang dijumpa tika menyelongkar melihat-lihat segala yang ada di dalam 'hard drive' :)


M N

Wednesday, November 25, 2009


Salam…masuk hari nie dah hampir 5 hari since Malaysian night ended…somehow aku rasa xsenang duduk selagi xtulis apa2…walaupun maybe akan ada orang kata event tu dah lama habis and maybe ada orang dah pon lupa the feeling on that night…but that’s not the case for me because I feel like it’s just yesterday we held the event…dengan cuti thanksgiving yg bermula harini di harap dapatlah diguna beberapa minit masa kalian untuk go through nukilan yg x seberapa ni… :)


12/3/11

Hidup

(Tulisan berikut dikarang atas permintaan Kelab UMNO Luar Negara NY/NJ untuk laporan tahunan kelab sesi 2010/2011)

HIDUP

            Penglibatan saya dalam aktiviti kemasyarakatan di rantau ini (Amerika Syarikat) bermula pada bulan Disember 2010 yang mana rata-rata aktiviti yang saya libati kebanyakannya adalah di bawah anjuran bersama oleh NYCares (New York Cares), iaitu salah satu badan sukarela bukan kerajaan yang terbesar di Amerika Syarikat, dengan pelbagai agensi lain yang terdapat di sini. Selain itu saya turut juga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang digerakkan oleh pelbagai badan lain di sini antaranya termasuklah National Brain Tumor Society, Islamic Relief dan juga American Red Cross. Secara peribadinya, saya merasakan yang alangkah baiknya andai saya dapat melibatkan diri dengan program seperti ini lebih awal lagi kerana amatlah banyak perkara yang saya pelajari. Dari setiap aktiviti yang saya lakukan, setiap satunya mengajar saya suatu yang baru mengenai ‘hidup’; titik perbezaan yang wujud sesama insan, titik persamaan yang tidak kurang banyaknya, kepelbagaian jendela yang digunapakai untuk  memandang nilai laku dalam kehidupan,  dan segala ini menggambarkan akan betapa uniknya setiap satu makhluk yang bergelar manusia itu. Kadangkala yang terlihat umum hanyalah para sukarelawan yang turun menghulur tangan memberi bantuan dan habis setakat itu sahaja. Saya adalah antara yang tidak bersependapat dengan kesimpulan itu. Walaupun mungkin ada benarnya, tetapi untuk saya bersetuju, jauh sekali. Ia lebih dari sekadar itu. Sekadar pengamatan yang terbatas oleh diri ini, bilamana seorang itu menghulur tangan, yang ditolong itu tidaklah lain dari yang banyaknya keatas diri sendiri kerana dengannya, ia membantu ‘menghidupkan’ kembali seorang itu, membangun-sedarkan segala nilai kemanusiaan yang mungkin ‘terlena’ dalam diri, dan menjadikan manusia itu lebih manusia.