Pages

10/4/11

Tersentak


Hampir sudah berteleku darinya hamparan. Tiba singgah Richard pekerja 'physical plant work order' membetul sinki yang diadu tersumbat.  Tetiba. Sesudah bangkit. Bertanya dia. Mengapa diri bersujud? Berkata dia yang dianya berhimpun tiap Ahad dan tiap pagi tika bangun ditadah tangan disyukur nikmat diberi hidup. Doanya selalu untuk diri, ibu ayah, keluarga, sanak-saudara. Ditanya kembali mengapa pulanya aku bermunajat begitu?

Tersentak disitu. Ada jawapan terlintas di kalbu. Tapi tika itu langsung sungguh tidak tertitip. Walau baru sangat sudah mengadap. Tapi tiba tak berupaya menjawab. Seolah sepertinya terasa berat hendak meluah. Terasa bagai diusul suatu agenda bermakam kerabat. Tetiba. Teringat satu ayat. Sedikit kait. Sesungguhnya yang demikian itu sangatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk. Terasa ditanya suatu yang sangatnya berat. Seolah disoal atas apa dilaksana tanggungjawap. Atas apa terdorong berbuat sedemikian? Apa gunanya berbongkok tunduk?


Kembali. Banyak yang berlegar. Tapi hanya cuit terlepas. Jawab ringkas. Kerna perintah. Yang diubun. Bukan sekadar itu hanyanya. Lagi. Bukan Dia perlukan ini. Tapi yang marhaen ini lebih perlunya. 5 janji bertemu sua. 5 sujud mengadap pencipta. 5 rintih mengadu duka. 5 seru bantu dipinta. 5 deru  kudrat diminta. 5 kali dipinta mampu harungi hari-hari kelam kusam. 5 kali segala lagi. Perintahnya 5 kali sekurang mesti dirintih padanya. Lagi disuka andai buatnya lebih. 

Peka sungguh padanya kita. Mahu ditahu segala berlaku. Sayangnya Dia lebih dari segala. Tidak keluarga pinta dihubung sekerap itu.   Tapi dia bahkan mewajib. Terfikir. Andai. 5 kali sehari setiap hari dicanang sesama insan segala rasa. Mungkin. Yang sekali sanggup adalah yang betul peduli sesama teman. Yang betul ikhlas menyorong bantu. Mana senang dapat dicari teman seakrab itu? Walau ada. Kadang segan. Rela ditekup segala bencana. Andai betul dirasa perlu baru sahaja membuka bicara. Tapi ini. Diseru. Diseru. Diseru. Berdirilah. Tunduk. Sujud. Bangunlah. Adulah segala bicara. Diseru. Diseru. Diseru. Digalak. Buatlah sebanyak mana. Pasti Dia dengarnya bicara. Pasti Dia dengarnya rintihan. Mana dapat dicari serela itu menghulur bantu. Sudah dihulur tangan membantu. Cumanya kerap disambut tangan itu dengan kadar terpaksa. Seolah tak ingin terima bantu. Apalah jenis manusia begitu. Adakah yang sanggup tolaknya restu? Seolah angkuh rasanya mampu. 

Sedikit ingat apa terjadi. Jika Dia yang Esa tanpa jemu hulur membantu. Mestilah lagi perlunya aku. Justeru. Kalian. Andai bisa diringan rasa. Andai bisa diurai yang perlu. Biarlah tangan marhaen ini harap disampai. Mungkin hanya cebisan yang mampu upaya. Tapi. Izinkan yang itu diberi lalu. 

No comments: