Pages

12/4/11

Cerita Dulu - Malaysian Night 2009


Cerita lama yang dijumpa tika menyelongkar melihat-lihat segala yang ada di dalam 'hard drive' :)


M N

Wednesday, November 25, 2009


Salam…masuk hari nie dah hampir 5 hari since Malaysian night ended…somehow aku rasa xsenang duduk selagi xtulis apa2…walaupun maybe akan ada orang kata event tu dah lama habis and maybe ada orang dah pon lupa the feeling on that night…but that’s not the case for me because I feel like it’s just yesterday we held the event…dengan cuti thanksgiving yg bermula harini di harap dapatlah diguna beberapa minit masa kalian untuk go through nukilan yg x seberapa ni… :)


Kalau korang dah baca post redz, korang tau yg segalanya bermula since last spring just right before summer holiday…lepas meeting MASA, PD(s), telah pun di appointed (redz & yaya) and they sit together berbincang tentang how to make the next MN a great one..I happened to be there while they were discussing…sedang idea sibuk dijana dan di olah, aku suarakan pendapat dan pandangan akan apa yg aku rasakan boleh dilaksanakan n tup2 lepas je meeting tu aku pon terjoin la jadi PD sekali…


Xlama lepas tu, sedang dalam flight balik ke malaysia, aku nampak redz menconteng dgn khusyuknya…memandangkan redz begitu asyik, aku biarkan dia melakar dan cuba tidak memberikan gangguan sebab risau tumpuannya terganggu andai kata aku menerpa ke arahnya...so aku pon lelapkan mata…lepas seketika, aku bgn…& die pun tunjuk lah apa yg dah diconteng sejak beberapa jam lalu… lakaran konsep untuk MN…aku tergamam…wow..’nie ke mamat nie buat dari td..ingat conteng apelah kat atas kertas tu’..and lepas tu die pon explain ape yg die dilakar atas kertas tu dgn panjang lebarnye…time tu aku excited+tergamam+teruja…”nice…kalau la boleh buat semua benda atas kertas tu sure nice”..tp lepas tu aku pon terfikir..”boleh ke aku tolong redz buat ape yg patut..mcm mane nak buat semua bnda nieh…ade ke orang yg willing to help…macam mane nak dapat cooperation setiap orang…and the list of questions goes on”… sedang semua itu bermain di kepala, flight yg aku naiki smpai ke KLIA…


lepas 3 bulan bercuti, kaki pun dijejakkan la kembali ke KLIA…langkah demi langkah yg diatur ke atas kapal terbang menjadi berat…MN kembali bermain di benak fikiran…persoalan yg berlegar di kotak fikiranku..”betul ke nak buat nie..sbab MN nie the biggest event for MASA…ramai orang besar datang…in case event nie x went smoothly as planned…sure nama MASA jatuh…mesti everybody will be very upset”…n lepas tu bergemalah MN ni dalam kepala…walaupun sedikit negative tanggapan itu, aku selalu berdoa agar segalanya berjaya berjalan dgn lancar…


selepas first meeting MASA, tugas2 untuk MN mula diagihkan…ada yg terlibat dgn performances, ad yg terlibat dgn decorations, ad yg terlibat dgn promotions, dll…pendek kata hampir semua orang punya tugas dan tanggungjawab masing2


tarikh Malaysian night…dari 13 nov dianjakkan ke 20 nov…semakin dekat dgn tarikh keramat itu, semakin kencang debaran dirasa…terkesima seakan x percaya melihat betapa pantasnya masa berlalu…akan tetapi, apa yg lebih memeranjatkan aku adalah kesungguhan yg ditunjukkan oleh setiap ahli MASA…pendapat dicana setiap ketika, idea yg ada lekas diutara, pendapat di fikiran segera diketengah, ilham yg terlintas cepat disuara…walaupun dgn bebanan exams, hw, assignments yg tak pernah lekang, kalian jarang sekali merungut..malah, tgn dihulur setiap ketika, tenaga dikerah tanpa dikira, waktu dikorban tanpa dipinta, tidur seakan hanya untuk lelapan mata…bergegas kesana kemari x pernah menjadi masalah, duit scholar yg tak seberapa tidak kisah di belanja…


xkira super senior, senior, junior, sophomore, mahupun freshman…semua sama berganding bahu memerah keringat melaksanakan tugas yg diberi bagi memastikan semuanya berjalan lancar dan mengharapkan yg terbaik bakal menjelma…


promotion…yg terlibat dgn promotion teramatlah dihargai…yg bagi flyers, yg buat cookies, yg ajak member2 datang, yg tampal poster, yg post dekat sln, yg invite lecturer,yg ajak kenalan luar…kalian lah pemain peranan penting dalam menjemput orang ramai agar hadir ke malam itu…tanpa kalian, tiada sesiaplah yg hadir ke malam itu…tidak kiralah sehebat manapun persembahan yg dipersembahkan, tnpa kehadiran penonton, semuanya akan mmenjadi sia2…attendance malam tu tersangatlah memberangsangkan sekali…sampai orang yg hadir pulang sbab xcukup seat…tu membuktikan yg kalian did a really good job in promoting Malaysian night…


decoration…yg terlibat dgn hias-menghias…kalian sedaya upaya mengumpulkan idea bagi menjadikan dewan secantik mungkin…dari pintu masuk sehinggalah ke pentas utama, dari meja2 sehinggalah ke syiling atas, setiap inci dewan cuba dihias sebaik mungkin…


malam tu most of the guests impressed dgn decoration dewan…smpai ada ustaz cakap dekat dc kalau ada event pon diorang xhias dewan secantik nie…sbab smpai ke syiling hiasnye..you guys did a really good job…xlupa juga yg berjaya menyiapkan booth masing2 sekreatif yg mungkin walaupun tempoh masa yg diberikan agak suntuk…


performances…yg terlibat dgn tarian giat menjalankan latihan…tempat yg ada dibook selagi boleh bg memudahkan latihan…ada kala pemilihan lagu senantiasa xkena, gerak tari yg dicuba sumbang, serba tak kena...ttpi xpernah kalian mengalah..cuba di choreograph sebaik mungkin apa yg termampu…


yg terlibat dgn sketch turut sama menggiatkan latihan…cuba dicari masa yg kosong bg membolehkan practice diadakan…setiap scene lakonan cuba diperkemas…aksi yg kurang cuba di olah…ada masanya watak yg digubah disanggah…aksi yg dirancang ditentang…walaupun begitu, semua berusaha mencari kata sepakat untuk yg terbaik…budak2 hitam yg memberikan komitmen 100% walaupun tau yg korang xkan kelihatan langsung sewaktu sketch…pnghargaan juga kpd yg sanggup record suara for narration…walau apa jua sekalipun masalah yg dihadapi, kalian sanggup datang practice sehingga lewat malam dek kerna mahu mempersembahkan yg terbaik…salute~


yg membuat props pula berusaha keras menyiapkan apa yg perlu…walapun bilik2 mereka hampir menjadi hutan prop smpai tiada tempat nak lalu xpernah diambil peduli…props di buat sebaik mungkin…masa terbuang begitu saja mengadap sterofoam2 tersebut…banyak kali kesabaran diuji pabila props yg dipulangkan sesudah latihan tiba dalam keadaan yg daif…patah di sana sini…seolah usaha mereka dipersia, seolah penat lelah yg mereka korbankan dipersenda…ttpi ia bukanlah seperti yg kalian sangkakan…ianya bukanlah disengajakan…bukanlah tidak dihargai apa yg diberi, ttp angin & hujan yg mencemburui hasil kerja kalian…tanpa belas kasihan memusnahkan masterpiece2 tersebut…sungguhpun begitu kalian tetap tekun dan sabar cuba membaiki props tersebut agar menjadi ke bentuk yg sepatutnya…


xlupa juga kpd yg tampil dengan idea bernas, kuda kepang…sedaya upaya memastikan tarian yg bakal dipersembahkan menjadi sebaik mungkin. meskipun dgn kekangan masa dan peralatan…kalian berjaya menampilkan sesuatu yg fresh & unique…personally I’m really2 sorry sebab time korang perform tu aku silap part stop lagu kan…but despite that korang still able to continue with the performances…excellent work guys…


tq to all performers sebab you guys did a really good job…everybody enjoyed your performance and even orang from dc cakap jj impressed and maybe he will invite us to perform in dc…gempak xgempak korang nye performance…


juga kpd person in charge of food…variety of food served berjaya membuka mata orang akan kepelbagaian food yg terdapat kat msia…I’m sure everybody yg datang eat to their heart’s content since we served lots of foods yg di order dalam kuantiti yg mencukupi untuk even tapau balek…


yg jaga booth, yg jadi receptionist, yg jadi usher, everybody did a really good job…I can say that you guys did your job like a pro…because of that, the event manage to run smoothly according to plan…


after the event has ended, I was really relieved + happy…sebab overall the night was a huge success (from my pov)…but that would not be possible without YOUR CONTRIBUTION & COOPERATION..without korang the event would not be as awesome as it was…this will be a memorable event that will remains in my heart forever…thank you so much… =)

________________________________________________________________________________________________________


stress, tension, marah, letih, lesu, kecewa, terpaksa…ada antara kalian yg berperasaan sedemikian sepanjang menjayakan MN…maaf dipinta kerana gara2 MN kalian jadi begitu…jika ada yg merasakan tugasan yg diberi terlalu membebankan dan tidak adil, maaf dipinta…byk lg yg perlu diperbaiki…walaubagaimanapun semua yg baik datang dari tuhan dan semua yg buruk tu aku akui datang dari kelemahan diri…

-sekian-

Muhammad Syazwan Mohd Isa

2 comments:

Anonymous said...

aaaa nak tengok..ada video tak?

msmi said...

eh tak perasan pulak comment ni. video ada. tapi dalam cd. tak extract pulak. so kalau nak tengok ke nanti datang la ye ambik cd tu.