Pages

8/20/11

Kepompong

source

Kepompong. Darinya ulat sebelum. Walau kerjanya berjamu senantiasa. Berjamah saja tanpa mengira. Tapi. Dek kerna letih mesti mengengsot kesana kemari. Lalu bertukarlah bentuk jadinya kepompong. Katanya: Oh enak sekali dalamnya sini. Dalamnya disalut berkalung sutera. Enak beradu. Maha selesa. Mahukah selepas ini menjadi rerama? Ah. Pedulikan. Nanti mungkin dimamah terik mentari. Atau dipanah olehnya petir. Atau dicarik sayap olehnya ranting. Atau tersangkut jala lelabah. Nah. Kan jadinya nanti jamahan pemangsa. Selamat lagi disini. Bukankah kepompong ini selamat amat. Keras nya cengkerang luar bak perisai. Menahan apa jua datang menusuk. Apa manafaat digadai naim ini dengan nya mungkin bahaya. Jika itu pilihnya. Benak benar ulat dalam kepompong itu. Cetek sekali telahannya. Dunianya ulat kan berlangit keras dinding kepompong. Kalaunya mati berkeranda terus dalamnya situ. Siapa kan datang bagi peduli. Diri sendiri enggan mencari. Bukan lah disuruh mencari bala tapi cuba merasa rahmat. Mencari berkat. Bayang. Satu umpama. Kepompong. Asalnya mana? Ulat. Asalnya mana? Telur. Asalnya mana? Ibu rerama. Asalnya mana? Bersama ayahnya rerama lalu buntingnya ibu rerama. Asalnya mana? Ketemu di tengah hutanan rimba tika berterbang ditengah hari. Bertebar mengecap nikmat semesta. Merantau selang antara belantara. Menjamu madu dilain bunga. bersua jumpa dikelopak sama. Macam mana mungkinnya? Kerna mereka adalah rerama. Hasil kepompong. Yang memecah keluar kamar selesa. 

No comments: