Pages

7/8/11

Islamic Center at New York University (ICNYU)

Islamic Center at New York University (ICNYU) adalah salah satu daripada entiti yang bertindak selaku suara muslim di Amerika Syarikat. Mereka menyediakan pelbagai program sepanjang tahun yang disediakan bukan sahaja kepada pelajar di NYU malah dibuka kepada umum. Dengan keadaan dunia masa kini yang mana ajaran Islam sering disalah tafsir oleh lensa media dan tabloid, ICNYU cuba untuk memperbetulkan kembali persepsi umum mengenai ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. ini. Fokus mereka adalah kepada kelompok yang masih menuntut di universiti kerana generasi inilah yang bakal mencorakkan masa depan kelak. Mereka adalah kolompok paling berpotensi untuk memiliki pengaruh yang besar dalam komuniti yang mana dengan mereka memiliki gambaran sebenar akan ajaran ini (Islam) diharap dapat sedikit sebanyak mengubah pandangan serta layanan mereka terhadap umat Islam secara amnya. Bagi yang bukan sebahagian daripada penuntut di NYU, mereka boleh men'subscribe' kepada 'newsletter' untuk menerima segala 'update' akan aktiviti atau program yang dianjurkan oleh ICNYU.

No comments: