Pages

7/9/11

Janaaza Workshop at ICNYU

Pengurusan jenazah adalah keperluan fardhu kifayah yang bermanafaat dan penting untuk diketahui oleh setiap individu muslim. Tidaklah wajib untuk mempunyai ilmu mengenainya akan tetapi dengan memiliki sedikit sebanyak pengetahuan akannya dapat memberi kemaslahatan kepada ummah. 


Terdetik untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hal ini dan bagai tersuluh jalan si buta ini pabila mendapat tahu yang Islamic Center at New York University (ICNYU) telah mengambil inisiatif menyediakan bengkel pengurusan jenazah yang terbuka kepada umum. Tanpa lengah diri ini mendaftar untuk mengikuti program tersebut dengan harapan dapat menambah input yang bermanafaat. Bengkel tersebut yang dikendalikan oleh Syaikh Khalil Abdur-Rashid dibahagikan kepada 3 sesi yang mana setiap satunya memberi penekanan kepada aspek-aspek yang berbeza mengenai kematian. 



Sesi pertama mebicarakan tentang cara berurusan/mengendalikan individu sewaktu saat akhir hayatnya, jenis-jenis kematian, gambaran mengenai apa yang dirasai. Turut sama dibincangkan termasuklah pilihan individu samada untuk menerima rawatan untuk penyakit atau tidak, amalan 'ruqiah', serta pendermaan organ sesudah meninggal. Khusus untuk ahli keluarga, diperincikan dan diterangkan  pula tentang'euthanasia', amalan yang boleh dilakukan oleh/untuk individu yang nazak, tempoh dan cara untuk berkabung, cara terbaik mengucapkan takziah, dan adab menziarahi tanah perkuburan. Turut disentuh sedikit mengenai pembahagian harta pusaka (hanya dibincangkan secara ringkas kerana masa yang terhad dan subjek ini memerlukan lebih dari satu sesi perbincangan). 

Sesi kedua membincangkan tentang cara menguruskan jasad yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir bermula dengan bagaimana cara untuk memandikan, mengkafankan, dan menyolatkan jenazah. Shaikh Khalil menekankan akan pentingnya untuk menguruskan jenazah tersebut selembut mungkin kerana walaupun roh mereka sudah ditarik, tubuh mereka masih boleh merasai setiap sentuhan yang dikenakan ke atas mereka. Diumpakan oleh Shaikh Khalil bahawa dirasai oleh tubuh sewaktu ditarik roh dari jasad adalah seperti hirisan tajam pada setiap inci tubuh yang mana traumanya itu masih dirasa tubuh meski sudah tidak bernyawa. Adegan tubuh bereaksi oleh sentuhan adalah sesuatu yang tidak asing bagi Shaikh tersebut yang membuktikan bahawa saraf di dalam tubuh masih mampu bereaksi terhadap sebarang sentuhan yang dikenakan ke atas tubuh. 


Menguruskan jenazah diumpakan juga oleh Shaikh Khalil sebagai perkongsian peribadi antara jenazah dengan orang yang terlibat dalam proses pengendaliannya kerana mereka seakan diberi kebenaran untuk melaksanakan proses yang selalunya dilakukan oleh diri sendiri seperti bersiram dan mengenakan pakaian.  Selain itu, turut diberitahu mengenai beberapa situasi yang mana cara pengurusan jenazah adalah sedikit berbeza dari prosedur biasa seperti individu yang meninggal oleh sebab shaheed, yang terlibat dalam kebakaran, yang menghembuskan nafas sewaktu dalam pelayaran (di laut) dan juga beberapa kes lagi. 

Sesi terakhir (sesi ketiga) adalah sesi dimana peserta diberi peluang untuk mempraktikkan cara pengendalian jenazah di mana Shaikh Khalil dan bebeberapa orang yang berpengalaman memantau proses tersebut dan diikuti sesi soal jawab.Turut diperingatkan agar setiap peserta memiliki 'living will' yang dibawa setiap ketika samada dalam bentuk 'soft copy' atau 'hard copy' mengenai akan cara pengurusan jenazah yang dimahukan (Islamic way) kerana dikhuatiri seandainya terlibat dalam sesuatu yang tidak diingini, jasad individu tersebut tidak diuruskan dengan cara Islam seperti dibakar (cremate) atau disemadikan di perkuburan bukan Islam. 

Contoh 'living will':

"This card is to show that I am a member of the Islamic faith. Upon my death, my body is not to be buried in a non-muslim cemetery. My body is to be washed, wrapped in two white sheets, prayed over by an Imam, and buried in a Muslim or non-denominational cemetery, all of this being in accordance with the rules of the Islamic faith. For further information, please contact the Imam of a local mosque (or masjid). Thank you."

Full name: .........................................
Signature: ..........................................


Yang ditulis di atas hanyalah gambaran kasar keseluruhan program tersebut. Berikut saya sertakan 'slide' yang digunakan sepanjang program yang boleh dijadikan rujukan.










No comments: