Pages

2/21/12

Lengai

Yang itu entah mana kudratnya. Mudah benar dicuit insan. Rapuh benar kelilingnya. Andainya tak betah menahan asak, nyahlah pergi darinya mukim. Usahlah lebih menakwil sasa jiwa. Ruang yang itu tidak mampu menahan dua. Biarpun tunas pelbagai mekar di ufuk sana hanya satu akar yang bisa cambah. Azalinya benih rimbun dicambah niatnya kembang satu puspa. Tapinya benih yang satu dalamnya tumbuh sering dilitup kabus. Kabus kabut tutup mentari. Jadinya sesat. Hilang punca hilang arah. Lalunya, arah benih kian tersasul. Menggagau lorong lohong kosong. 

2 comments:

Adibahbaik said...

ate sebagai orang perak (well specifically bercham lah yg dalam ipoh tu) teman saje je la nak ngabo yang 'lengai' tu klo dalam bahasa teman maksudnye cuai. tp td teman check kamus ghupenye maksudnye lemah. ni teman punye 2 kupang

msmi said...

Oh tak tau pulak ada maksud lengai yang macam tu. Setakat yang tau ni lengai tu macam lemah letih yang lebih kurang macam tu. Maybe Bercham tu nak kena ada kamus sendiri kot.