Pages

1/15/12

Bunyi

2231, Jan 9, 2012
Greyhound

Terlintas di kala mendengar alunan dimain dalamnya iPod. Lebih kurangnya satu jam lagi kan tiba di Port Authority, 8th ave. 42nd st. NYC, berkepulangan dari ibu negara asing ini yakni Washington DC.  Tika ini, bermain di fikiran secara tiba-tiba akan persoalan mengenai hak yang dimilik orang, dari satu sisi yang sedikit berbeza. Terbitnya soal ini datangnya dari yang terdendang dengar. Sering kita bicara yang hak tetap hak. Dan dengan tidak meletakkan satu hak itu pada tempatnya kita telah berlaku zalim sangatnya. Setakat itu masih lagi rasanya masing-masing sedia maklum. Sedia tahu juga akan nanti ditanya segala perilaku, yang didengar, dilihat, dikata. Yang kali ini, menyentuh sikit tentang apa yang didengar.


Disyariatkan yang seyogianya segala yang baik dijadi halwa telinga sepertinya alunan kitab suci. Dan masa kini, lambakan segala yang disedia ada yang boleh didapati dengan berbayar, dengan percuma, dan yang sengaja didapati dengan percuma yakni secaranya tanpa izin. Memuat turun segala yang kononnya ada hakcipta terpelihara yang tidak membenarkan pengedaran tanpa kebenaran dengan pelbagai kaedah yang tersedia ada.

Cuba melihat dengan begini:
  • Mendengar ayat-ayat suci = Halal. Sangat-sangatlah baiknya
  • Memuat turun tanpa kebenaran = mencabuli hak orang yang berkenaan. 

Mendengar ayat-ayat suci yang dimuat turun tanpa izin?


Setakat yang dicerna fikir, tidak dirasa yang matlamat menghalalkan cara. Adakah selari kesempurnaan iman dengan ibadat yang bersumberkan suatu yang diragu-ragu? Yang mampu disimpul payah sekali mahu dicapai kesepakatan.

Marhaen ini sangat akur yang dari dulunya (misih hingga kini) turut sama berbuat sedemikian rupa. Dan bila tiba-tibanya terlintas ini, terus ditulis, lebih kepada bersoal kepada diri sendiri. Walaupun sudah menjadi yang lali, tetapi betulkah yang lali itu? Selama ini, yang dimuat turun itu adakah diadili haknya tuan empunya? Tabiatnya sudah menjadi yang biasa, akan tetapi betulkah yang biasa itu?

Pandangnya, kalau salah laku dengannya yang Maha Pencipta, boleh ditaubat bebila masa tanpa adanya ketul bongkah yang menghalang. Akan tetapi, pada hemat yang sedang memandang ini, kisarnya perkara ini dengan manusia lain, hak insan yang dijadi ukuran, hak orang yang dijadi taruhan. Andai si tuan tidaknya redha, bagimana mungkin mahu kita mengecap redha si Dia. Mungkin ada yang melihat laku ini sekadar yang remeh sekadar yang enteng. Tapi jika yang Esa pernah berkata yang sekecil-kecil zarah setiap tindak akan dihisab, sedang kita saban hari kecimpung terus dengan hal yang itu, apakah zarah kan kekalnya zarah? Atau butiran cebisan zarah kan terhimpun membentuk pepejal gah?

Kalian yang menatap tulis ini masing-masingnya cerdik pandai cendiakawan cendiakawati yang masing-masing punya hajat besar mengubah dunia. Ini cuma sekadar mengingat. Walaupun dunia yang kepingin dimodifikasi, ubah dulu perlunya diri. Jangan dilepas pandang segala yang dilaku kerana si Dia pasti tidakkan lepas kelip setiap satu. Bagi sekalian pencatur dunia, setakat yang ini hanyalah yang kecil bukan? Justeru, pastinya ini ditimbang tara diambil tindak serta merta setakat mampu tidak begitu? :)


2 comments:

abomb123 said...

"Tabiatnya sudah menjadi yang biasa, akan tetapi betulkah yang biasa itu?"
ayat paling mahal :p

msmi said...

Thanks! Tu hanya sekadar yang terlintas :)