Entah mengapa. Hari ini seakan hanya mahu merangka. Menyusun
rangka menulis bait. Mencoret-coret sisa rasa. Rasa mahu menjadi seorang
manusia. Manusia yang mampu adanya guna. Tidak lama lagi mahu melangkah ke
sana. Ke fasa baru yang rasanya bercelaru. Kadang rasanya sudah dicanang sedia.
Sudah tersedia pelan keramat. Tapi kadang yang itu seolahnya hambar. Seolahnya
hanya suka sendiri. Siapa sebenarnya diri ini? Hujung ini soalan itu kembali
bertalu. Sebabnya kadang dirasa yang sedang ada ini bagainya cuma topeng yang
menyalut. Yang tertunjuk cuma lakon penuh drama. Rasanya saban hari menapak
melangkah. Tapi kini seperti tersedar. Ke mana sebenarnya langkah itu menuju?
Betulkah ia semakin kedepan? Atau dalam diam langkah itu berundur? Laku tiap
masa menjauhkah diri Darinya? Bagaimana pula dengan taulan dan kerabat? Sendiri
mahu menjalin yang mulus dengan setiap satu. Tapi apakah benar yang dilaku itu?
Adakah dalam tak sedar diri cuma meluka? Atau hanya mengundang murka nya
Dia? Kadang dirasa punya semua. Kadang dirasa tak punya apa. Kadang dirasa
mahu menjangkau ke masa depan secepat upaya. Tetapi kadang pula terasa hanya
mahu memejam berbaring diam.
1 comment:
amboiiii 3 sekali dalam sehari
Post a Comment