Menadah bermadah mencurah masalah. Berpaling berpusing keliling mencari entiti bagi diteliti segala erti. Diharap insan lain berupaya bantu menyelesaikan yang sedang buntu. Tetapi yang lain punya agenda perkara sendiri. Sudah cukup yang lain dibeban dengan hal sendiri untuk diperhati. Apakah wajar ditambah lagi dengan runsing sendiri? Kadangnya dihadap lain yang lebih getir. Tapi mereka upaya mengukir kuntum mengalit bibir. Jadi apa perlu apa alasan mencemik memuncung. Yang rumit kusut takkan terlerai dengan menjaja-jaja. Tapi takkan pula ia terlerai dengan bermuram durja. Jadi bagaimananya? Yang tengah itu kan ada. Tidak perlu jaja berjela dan jangan pula membisu kelu. Dia senantiasa kan ada disitu. Dan dalam memohon padanya Dia, carilah yang akur arif sanggup menyangga empunya diri. Jangan sekali putus asanya. Biarlah seisi dunia mendaga-dagi, asalkan Dia ada disisi, nescaya ampuh perisai terpatri.
4/12/12
3/26/12
3/10/12
Fitrah
Tiba-tiba terasa ingin bicara tentang fitrah. Fitrah rasa yang azali terbina. Yang tidak boleh dikawal mahunya tapi boleh dikawal lakunya. Yang bisa mengingini setiap satu lepas akal fikir rasional. Tapi yang benar-benar digelar hamba punya kudrat mengukir batas. Melukis garis sempadan yang tidak tergamak dilangkah. Batas hujung yang perlu dibendung. Yang juangnya mengekang suatu yang menggelegak raung pinta disahut. Yang sedang melawan ini tidaklah punya cukup kudrat keringat. Sudah dahulu seringnya tumpas. Sudah bertalu pernah dihunus tusuk. Tapi misih lagi menggenggam sekeping percaya. Kadangnya yang dimahu seolah tidak tergapai. Kerna seolah beza ciri langit dan bumi. Yang tak seberapa mahunya yang ketara. Potret akhir samar-samar, tapi kini cuba dicapai pena runcing memula lakaran di birai kanvas. Yang selagi belum betul jalannya itu, jangan pernah katanya tewas. Jauh sekali diri darinya moleknya. Mungkin kalau dipandang yang lain nampaknya cuma berpura-pura bermuka-muka. Tapi diri itu tidak punya upaya kawal tentang apa yang lain mahu mengata. Apa yang lain mahu menganggap. Apa yang lain mahu bicara. Yang lepas mustahil untuk dibetul. Yang lepas sudah tersisip kemas terikat. Banyak titik hitam darinya putih. Banyak khilaf dari manafaat. Walau sesal tentang yang demikian, tidak kan mampu yang silam diputar masa. Yang ada cuma masa ini yang mampu dimilik. Dan laku ini yang kan mencorak sejarah depan. Hanya laku kini yang bisa diadun. Jangan dikisah akan hak diri dari insan kerana bukan itu yang nanti dihisab. Khuatirlah yang akan ditimbang akan tanggungjawab diri setakat mana penuh buatnya. Yang kata hidupnya tidak lain untukNya tapi sebetul mana jawap itu tercermin dalamnya laku. Kata ini mengingat hati sendiri yang payah naik tahapnya itu tapi luncur merudum menjunam gaung. Andai ada yang sudi memapah mari sama jalan seiring. Andai kau sudah berlari, izinkan aku mula bertatih. Andai dekat dengannya buatkan aku jauh dariNya, tariklah aku kembali agar dekat denganMu.
2/26/12
Rambang
Baru secupak diuji. Sudahnya rambang mata. Kelu kata. Suka. Ria. Padahal cakapnya selalu tentangnya hak, amanah, tanggungjawab. Tapi bila mananya yang betul jadi ujian, seolah hilang semua yang dikhutbah. Seolah yang ini jadi kelas yang lain. Macamnya yang dibicara hanyanya kata-kata kosong. Lompong tidak terlangsung. Apa beza dengan segala yang ada yang duduk dikritik. Kalaunya baru yang sikit ini sudah tidak terdaya menepis. Tidak tergamak hendak dingaku. Nanti ditanya apa bendanya yang nak dikata? Oh Tuhan bukan aku yang darab bahagi. Bukan aku yang tambah tolaknya. Aku terima sahaja tanpa berkata. Belah mana silap salahnya? Yang itu sendiri tak aku rasa masuk dek akal. Sebab sendiri diri bisa menyangkal. Masakan si Dia tidak tahu yang di dalam ini. Tidak lain hanyanya memperbodoh diri andai diingat bisa Dia dimain akal dangkal ini. Yang pun hanya dinugrah oleh Nya. Ini kata monolog sendiri. Pada sendiri yang konon kepingin dibaiki. Kalau betul selalu kata ikut tunjuk hati ikut betul fikir. Rasanya tiba masa mengota yang dikata. Memang boleh dicari seribu satu macam kata yang bisa menyokong hujah. Tapinya sudah selalu kan jadi yang ini. Nantinya sendiri yang gelisah sampai ke sudah.
2/21/12
Lengai
Yang itu entah mana kudratnya. Mudah benar dicuit insan. Rapuh benar kelilingnya. Andainya tak betah menahan asak, nyahlah pergi darinya mukim. Usahlah lebih menakwil sasa jiwa. Ruang yang itu tidak mampu menahan dua. Biarpun tunas pelbagai mekar di ufuk sana hanya satu akar yang bisa cambah. Azalinya benih rimbun dicambah niatnya kembang satu puspa. Tapinya benih yang satu dalamnya tumbuh sering dilitup kabus. Kabus kabut tutup mentari. Jadinya sesat. Hilang punca hilang arah. Lalunya, arah benih kian tersasul. Menggagau lorong lohong kosong.
2/14/12
2/6/12
Cerita si Dia
Assalamualaikum. Yang ini sebenarnya segan untuk berbicara. Dan lebih kepada takut. Segan sebab dengan yang tahu tak seberapa tapi tiba-tiba mahu berkata-kata, dan takut kebenciaan disebab oleh benda yang diutara. Sebab telah berfirman yang maha Esa:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah-kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Saf, 61:2-3)
Dan yang mahu dikata ini pula perihal insan yang mulia. Yang jauh dari cacat cela, yang setiap laku setiap satu sudah diwahyu. Jadi yang ini sebenarnya anggaplah bermonolog. Berdialog mengingatkan diri sendiri. Andai ada yang tak kena, itu semua dari diri ini yang banyak khilafnya, dan harap tambahkan lah mana yang kurang, tegakkan lah mana yang bengkok, ingatkanlah mana yang terlupa.
Februari. Bulan yang digembar gemburkan tentang kasih, tentang sayang, tentang cinta. Sentimen yang sering diutarakan, diudarakan, dan ianya satu rasa yang sememangnya menjadi fitrah bagi yang bernama manusia. Masing-masing kepingin dicintai dan mencintai, dan andai yang berepuk sebelah itu, tidak terperi sakit dirasai. Dan yang dingini itu selalunya yang teristimewa yang termulia, yang di pandangan majazi ini tiada lah cacat celanya.
Bagaimana kiranya andai ada yang mengingini diri ini seorang yang sudah sedia maklum mulia akhlaknya, indah perilaku, baik budi pekerti, baik serba serbinya, dan dengan girangnya dia yang memulakan percintaan itu menghulurkan tangannya untuk bertepuk sambil menunggu untuk membalasnya, apakah dangkalnya andai tidak disambut tangan itu. Mengapakah tangan mulia itu tidak disambut, sedangkan dia lebih dari layaknya. Walau martabatnya jauh lebih tinggi, walau tarafnya memang tak tergapai, semua itu tidak diendahkannya. Dia yang mulia itu merindukan dan mendambakan seseorang, dan seseorang itu adalah kalian. Kalian semua.
Cerita ini cerita yang biasa, yang sering diperdengar, tetapi di kala ini, sekali lagi biar kita melawat cerita ini.
1/31/12
Kekura
Ia seekor kekura tua. Terbit kalbunya sekelumit rasa. Seolah tidak lah ada gunanya laku. Kekadang ia cuba membantu. Tetapi usainya kelahi. Bila dikata buat nya satu kernanya suatu. Terasa seperti dikhianati pendamnya. Seolah yang jerih itu dilontar kerna kepentingan diri. Salahkah kekura memberi cuma kernanya rasa yang timbul? Dari terbit rasanya insan. Tapi cumanya. Bila yang itu pun disalah erti. Kekura terguris. Kalbunya dihiris. Terasa segala laku laksana sebab kepentingan semata. Tapi. Salah lagi. Bilanya. Dengan sedikit rasa misih tersisa. Cuba disebut beruntai kata. Sekali kasar utara terterbit bicara. Asal kata mahu mengurai. Jadinya. Makin kusut kian kabut. Tapi. Apakah perlu ia jadinya sebab menghalang nya tindak? Jangan. Bukan nanti kekura diadilinya orang seorang. Singkat hidup untuk terbatuk. Singkat hidup untuk terhantuk. Singkat hidup untuk bermenung. Singkat hidup untuk meraung. Singkat hidup untuk berpaling. Singkat hidup untuk berpusing. Kerna bila tiba masa kan tetap diusir. Tanpa sedar masanya akhir. Kerna diri hanya musafir. Hanya yang berfikir dapat menafsir. Jangan direnung kisah silam yang kusam. Petiklah yang asam cedoklah yang garam. Memang yang depan itu kelam. Memang nanti ada yang suram. Boleh jadi yang tinggal lereng yang curam. Biarlah. Biarlah sungkur. Biarlah sembam. Dah namanya tebing. Asal geraknya depan dan bukannya belakang. Angin kan membisik di malam bole. Mengarah cekau jalanan depan. Biar terpaksa merangkak-merangkak. Meski berbengkak terus bergerak. Dari tercangak sembul umpama tunggul. Yang bersimpuh lenguh terus mengeluh.
1/15/12
Bunyi
2231, Jan 9, 2012
Greyhound
Terlintas di kala mendengar alunan dimain dalamnya iPod. Lebih kurangnya satu jam lagi kan tiba di Port Authority, 8th ave. 42nd st. NYC, berkepulangan dari ibu negara asing ini yakni Washington DC. Tika ini, bermain di fikiran secara tiba-tiba akan persoalan mengenai hak yang dimilik orang, dari satu sisi yang sedikit berbeza. Terbitnya soal ini datangnya dari yang terdendang dengar. Sering kita bicara yang hak tetap hak. Dan dengan tidak meletakkan satu hak itu pada tempatnya kita telah berlaku zalim sangatnya. Setakat itu masih lagi rasanya masing-masing sedia maklum. Sedia tahu juga akan nanti ditanya segala perilaku, yang didengar, dilihat, dikata. Yang kali ini, menyentuh sikit tentang apa yang didengar.
1/12/12
Another Day, Another Lesson
1/5/12 1640
Another valuable lesson learned today, or rather, experiencing something that reminded me of the fact that one day I will be left alone on my own, in that dark tiny box, buried deep 7 ft. under the ground. Today at 401 Medical Imaging, I had MRI Arthrogram done on my right shoulder. First off, I was told to remove all clothing that I have on me and was instructed to put on the patient garment. While wrapping that beige cotton cloth around my body, I was struck with a very strange feeling. The fact that there will come a day when the same thing will be repeated again, but when the time comes, I will not be the one that doing it but rather, there will be someone else that will wrap me layer by layer, while I will just be lying senseless, motionless, unable to do a single thing, making me realized the harsh reality of death.
Subscribe to:
Posts (Atom)


