Ia seekor kekura tua. Terbit kalbunya sekelumit rasa. Seolah tidak lah ada gunanya laku. Kekadang ia cuba membantu. Tetapi usainya kelahi. Bila dikata buat nya satu kernanya suatu. Terasa seperti dikhianati pendamnya. Seolah yang jerih itu dilontar kerna kepentingan diri. Salahkah kekura memberi cuma kernanya rasa yang timbul? Dari terbit rasanya insan. Tapi cumanya. Bila yang itu pun disalah erti. Kekura terguris. Kalbunya dihiris. Terasa segala laku laksana sebab kepentingan semata. Tapi. Salah lagi. Bilanya. Dengan sedikit rasa misih tersisa. Cuba disebut beruntai kata. Sekali kasar utara terterbit bicara. Asal kata mahu mengurai. Jadinya. Makin kusut kian kabut. Tapi. Apakah perlu ia jadinya sebab menghalang nya tindak? Jangan. Bukan nanti kekura diadilinya orang seorang. Singkat hidup untuk terbatuk. Singkat hidup untuk terhantuk. Singkat hidup untuk bermenung. Singkat hidup untuk meraung. Singkat hidup untuk berpaling. Singkat hidup untuk berpusing. Kerna bila tiba masa kan tetap diusir. Tanpa sedar masanya akhir. Kerna diri hanya musafir. Hanya yang berfikir dapat menafsir. Jangan direnung kisah silam yang kusam. Petiklah yang asam cedoklah yang garam. Memang yang depan itu kelam. Memang nanti ada yang suram. Boleh jadi yang tinggal lereng yang curam. Biarlah. Biarlah sungkur. Biarlah sembam. Dah namanya tebing. Asal geraknya depan dan bukannya belakang. Angin kan membisik di malam bole. Mengarah cekau jalanan depan. Biar terpaksa merangkak-merangkak. Meski berbengkak terus bergerak. Dari tercangak sembul umpama tunggul. Yang bersimpuh lenguh terus mengeluh.
1/31/12
1/15/12
Bunyi
2231, Jan 9, 2012
Greyhound
Terlintas di kala mendengar alunan dimain dalamnya iPod. Lebih kurangnya satu jam lagi kan tiba di Port Authority, 8th ave. 42nd st. NYC, berkepulangan dari ibu negara asing ini yakni Washington DC. Tika ini, bermain di fikiran secara tiba-tiba akan persoalan mengenai hak yang dimilik orang, dari satu sisi yang sedikit berbeza. Terbitnya soal ini datangnya dari yang terdendang dengar. Sering kita bicara yang hak tetap hak. Dan dengan tidak meletakkan satu hak itu pada tempatnya kita telah berlaku zalim sangatnya. Setakat itu masih lagi rasanya masing-masing sedia maklum. Sedia tahu juga akan nanti ditanya segala perilaku, yang didengar, dilihat, dikata. Yang kali ini, menyentuh sikit tentang apa yang didengar.
1/12/12
Another Day, Another Lesson
1/5/12 1640
Another valuable lesson learned today, or rather, experiencing something that reminded me of the fact that one day I will be left alone on my own, in that dark tiny box, buried deep 7 ft. under the ground. Today at 401 Medical Imaging, I had MRI Arthrogram done on my right shoulder. First off, I was told to remove all clothing that I have on me and was instructed to put on the patient garment. While wrapping that beige cotton cloth around my body, I was struck with a very strange feeling. The fact that there will come a day when the same thing will be repeated again, but when the time comes, I will not be the one that doing it but rather, there will be someone else that will wrap me layer by layer, while I will just be lying senseless, motionless, unable to do a single thing, making me realized the harsh reality of death.
1/6/12
From A Friend To A Friend
Thank you Allah.
For giving me friends that are willing to show me the path to obtain Your Nur and Hidayah
For giving me friends that have faith in me and those that I can trust
For giving me friends that are willing to correct me when I'm wrong
For giving me friends that taught me to firmly hold to your rope and never let it go
For giving me friends with the best mannerism and akhlak,
With such composure and hikmah
With great vision and ambition
With strong heart and wonderful mind
Never crossed my mind to be blessed with such wonderful people by my side
Tirelessly giving me lesson about life
I never deemed myself to be worthy for you guys to recognize me as one of your friend, let alone as a companion
Only due to His mercy that I'm able to be by your side dear brothers and sisters, and for that, I can never thank you enough oh Allah
Dear friends, I just learned an invaluable lesson today
that brotherhood is thicker than blood, as long as you hold onto the blessed path
Hence, as much as I appreciate my own life, I valued more the bond that we have between me and you
Regardless of anything that had happened, or is happening, or whatever that might happen later on in life, as long as I'm breathing, all that I ask from you is to allow me to be your brother under the shades of His throne, His majestic, His might, His glory
Those are just some thoughts that come up from the bottom of my heart, of this humble servant, that always failed to obey His order, that always forget to be thankful, and always shamelessly begging for His mercy when being tested with trials and tribulation
Sincerely
from a friend to a friend
For giving me friends that are willing to show me the path to obtain Your Nur and Hidayah
For giving me friends that have faith in me and those that I can trust
For giving me friends that are willing to correct me when I'm wrong
For giving me friends that taught me to firmly hold to your rope and never let it go
For giving me friends with the best mannerism and akhlak,
With such composure and hikmah
With great vision and ambition
With strong heart and wonderful mind
Never crossed my mind to be blessed with such wonderful people by my side
Tirelessly giving me lesson about life
I never deemed myself to be worthy for you guys to recognize me as one of your friend, let alone as a companion
Only due to His mercy that I'm able to be by your side dear brothers and sisters, and for that, I can never thank you enough oh Allah
Dear friends, I just learned an invaluable lesson today
that brotherhood is thicker than blood, as long as you hold onto the blessed path
Hence, as much as I appreciate my own life, I valued more the bond that we have between me and you
Regardless of anything that had happened, or is happening, or whatever that might happen later on in life, as long as I'm breathing, all that I ask from you is to allow me to be your brother under the shades of His throne, His majestic, His might, His glory
Those are just some thoughts that come up from the bottom of my heart, of this humble servant, that always failed to obey His order, that always forget to be thankful, and always shamelessly begging for His mercy when being tested with trials and tribulation
Sincerely
from a friend to a friend
12/31/11
Dari Kiai Yang Namanya Penghidupan
Anak itu asalnya kampung. Tidaklah hidup sesenang mana, tapi cukuplah makan pakainya. Tidak dipunya segalanya harta, sekadar yang asas itulah yang ada. Bahasa perantara yang dijadi guna, tidak sepatah Bahasa Inggeris ditutur, hanya bahasa ibunda luncur meniti di bibir. Sungguh begitu, ulangkali dipesan kata ditunjuk laku oleh ibunda, biar yang lain semua tiada, asal yang budi tersemat ada, asal yang dikata enak dicuping, dan yang dilaku tidak meluka, cukuplah itu yang mahu dipinta. Meski yang demikian, membanting tulang subuh ke sore kedua orang tua anak itu memerah keringat mencari rezeki membekal segala yang dirasa perlu, dan yang utamanya, ditekan betapa peri pentingnya ilmu agar jadinya nanti seorang ‘manusia’. Semenjak kecilnya, anak itu dibelajarkan di TASKI, yang kemudiannya dihantar pula ke sekolah rendah, yang kemudiannya dituruti sekolah asrama dan atas berkat doa kedua si tua, anak itu dapat melanjutkan pelajaran ke rantau orang. Tulis ini kerana cuba mencatit barang sefasal dua perihal yang dinampak rasa dek ekor mata anak itu. Sekadar coretan cebisan hidup si anak marhaen.
Tentang hidup. Banyak benar. Biar dimula dari sekadar yang terlintas dan lihatlah kemudian kemana akan tulis ini terkemudi. Biar dimula dengan pandang anak itu tentangnya suatu perkara yang dinamai ‘deen’. Anak itu, walau dari kecil sudah terdidik akan perkara tunjang yang gelarannya agama, yang dirasai di sini walau sama gelarannya, tapi sepertinya sisi sebelah satu lagi syiling itu. Kerana di tanah air itu ramai sekali yang berpegang ajaran yang sama. Tambah lagi, yang ada dikampung itu hampir semuanya berpegangan yang sama, sekolahnya sekolah melayu, kawannya hampir semua melayu, dan melayu itu sinonimnya islam. Dan kelas agamanya setiap masa. Pandangnya, cukuplah rasanya kalau dirasa sudah betul faham agama sendiri. Ujian pun markahnya baik sentiasa. Setakat Subjek Agama hanya sebelah mata sahaja memandang. Iyalah, segala definisi dari segi bahasa mahupun istilah sudah dihafal, segala rukun, syarat sah, segala yang haram halal semuanya dihafal sudah. Apa lagi yang ada? Kerana cikgu pun ajarnya setakat itu. Sering pula diberi puji. Nah, sudah anak itu menjadi si ‘terpelajar’. Tetapi, seperadaan anak itu di sini, maaflah kalau dikata begini, tapi yang dirasai anak itu agama yang dipelajari itu lebihnya kepada budaya darinya pegangan. Lebih kepada hafalan darinya fahaman. Memanglah seribu satu solat ditunjuk ajar, himpunan doa dihafal arabnya, puasa Ramadhan sehari tak tinggal, surah di kalam suci disuruh hafal. Betullah, semua itu penting sekali untuk disemat di dalamnya dada, memang perlu untuk dihafaz, akan tetapi dalam ustaz-ustazah sibuk menyuruh si anak itu mengingat semua yang perlu, mereka bagai terlupa ‘rempahan utama’ dalamnya ia.
12/4/11
Cerita Dulu - Malaysian Night 2009
Cerita lama yang dijumpa tika menyelongkar melihat-lihat segala yang ada di dalam 'hard drive' :)
M N
Wednesday, November 25, 2009
Salam…masuk hari nie dah hampir 5 hari since Malaysian night ended…somehow aku rasa xsenang duduk selagi xtulis apa2…walaupun maybe akan ada orang kata event tu dah lama habis and maybe ada orang dah pon lupa the feeling on that night…but that’s not the case for me because I feel like it’s just yesterday we held the event…dengan cuti thanksgiving yg bermula harini di harap dapatlah diguna beberapa minit masa kalian untuk go through nukilan yg x seberapa ni… :)
12/3/11
Hidup
(Tulisan berikut dikarang atas permintaan Kelab UMNO Luar Negara NY/NJ untuk laporan tahunan kelab sesi 2010/2011)
HIDUP
Penglibatan saya dalam aktiviti kemasyarakatan di rantau ini (Amerika Syarikat) bermula pada bulan Disember 2010 yang mana rata-rata aktiviti yang saya libati kebanyakannya adalah di bawah anjuran bersama oleh NYCares (New York Cares), iaitu salah satu badan sukarela bukan kerajaan yang terbesar di Amerika Syarikat, dengan pelbagai agensi lain yang terdapat di sini. Selain itu saya turut juga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang digerakkan oleh pelbagai badan lain di sini antaranya termasuklah National Brain Tumor Society, Islamic Relief dan juga American Red Cross. Secara peribadinya, saya merasakan yang alangkah baiknya andai saya dapat melibatkan diri dengan program seperti ini lebih awal lagi kerana amatlah banyak perkara yang saya pelajari. Dari setiap aktiviti yang saya lakukan, setiap satunya mengajar saya suatu yang baru mengenai ‘hidup’; titik perbezaan yang wujud sesama insan, titik persamaan yang tidak kurang banyaknya, kepelbagaian jendela yang digunapakai untuk memandang nilai laku dalam kehidupan, dan segala ini menggambarkan akan betapa uniknya setiap satu makhluk yang bergelar manusia itu. Kadangkala yang terlihat umum hanyalah para sukarelawan yang turun menghulur tangan memberi bantuan dan habis setakat itu sahaja. Saya adalah antara yang tidak bersependapat dengan kesimpulan itu. Walaupun mungkin ada benarnya, tetapi untuk saya bersetuju, jauh sekali. Ia lebih dari sekadar itu. Sekadar pengamatan yang terbatas oleh diri ini, bilamana seorang itu menghulur tangan, yang ditolong itu tidaklah lain dari yang banyaknya keatas diri sendiri kerana dengannya, ia membantu ‘menghidupkan’ kembali seorang itu, membangun-sedarkan segala nilai kemanusiaan yang mungkin ‘terlena’ dalam diri, dan menjadikan manusia itu lebih manusia.
11/19/11
Lelap
"Andai hendak dihitung nikmatnya, pasti tidak termampu terkira olehnya manusia"
Selalu sudah terngiang kata itu. Cuma selalunya terlepas pandang segala yang dikurnia. Teruk lagi, bersyukurnya tidak tapi juih mulutnya tak henti. Selalunya manusia itu hanyalah mula menghargai sesuatu itu bilamana kehilangannnya, bilamananya ia hilang atau ditarik kembali. Barulah dirasa peri ihsannya Dia yang mengatur lalu semua perkara. Tanpa dipinta, misih Dia memberi. Detik ini, diri kerdil ini bersyukur ke hadratNya kerana diberi ajar mengenai suatu perkara dilaku sehari-hari tanpa sebarang sesak yang selalu dilupa yang ianya adalah nikmat yakni tidur. Atau setakat yang ingin dibicara, bisa tidur tanpa terganggu dek sebarang apa sepertinya kesakitan atau kerunsingan.
Mungkin sesetengah tidak rasa yang tidur itu sendirinya adalah suatu nikmat, kerna semua orang melaluinya, dan apalah sangat hendak dikira tidur sebagai suatu yang patut diperbesarkan jika dibanding dengan segala kurnia yang lain. Sendiri ini meski tahu yang tidur adalah nikmat, tetapi tidak pernah pula betul-betul mensyukurinya. Di sini Dia, dengan belas ihsanNya memberi ruang untuk diri ini menyedari akan besar sebenarnya nikmat itu. Beberapa ketika ini, bilamana pembaringan tidak menjadi suatu yang bebas, yang mana sebahagian bahagian tubuh kurniaanNya terasa seolah dicucuk, dan posisi yang 'selesa' untuk melelapkan diri hanyalah dengan duduk bersandar, terasa yang sebenarnya berbaring itu sebenarnya suatu nikmat. Dan setakat ini, kadangkalanya yang boleh terlelap dengan berbaring, selalu pula dibangunkan oleh bisa yang mengunjung secara tiba-tiba setiap beberapa jam sela waktu. Alhamdulillah, diajar lagi olehnya Dia yang selalu dulu yang lelap dengan bebasnya semahu hati itu juga satu kurnia yang amat besar. Manusia itu banyaknya belajar dari apa yang dilaluinya dan untuk itu, diri ini bersyukur kerana diberi peluang untuk diajar akan besar nikmat nilai kurnia ini.
11/17/11
Kamu
Mok2. 10 tahun lepas, kamu baru 2 tahun. merangkak lagi. Yang along ingat misih bertatih itu, besar sudah rupanya kamu. Kamu pun dah ada kad pengenalan sendiri. Harini result UPSR kamu dapat. Dari dulu dah along cakap dah kan kamu boleh ;) Tapi yang sekarang along nampak depan kamu banyak sangat jalan tersedia, yang semuanya empunya suatu yang bisa menggelincirkan. Segala yang sekeliling tak semuanya puitis, tak semuanya ajar kamu jadi manusia. Tapi kamu yang along kenal kamu yang bagi semua duit belanja dekat kawan waktu rehat sebab dia tak berduit yang sudahnya kamu sendiri tak makan, kamu yang marah abah kalau abah terlepas pandang makcik tua yang minta sesen dua di tepi jalan, kamu yang menitis air mata bila terlihat anak somalia yang hanya bertulang kebuluran, kamu yang tak boleh tidur malam kalau ada yang tak sihat dalam rumah, kamu yang sampai kesudah rasa tak senang kalau terbuat salah, kamu yang tak pernah boleh tengok orang susah. Tak banyak yang along nak, cukuplah kalau setakat yang ada itu tak hilang, cukuplah kalau yang dirasa itu yang jadi cara kamu nilai segala satu. Mok2
11/7/11
Si ditunggu
Bertahun sudah masanya lalu,
Kembara engkau di rantau orang,
Ditinggal semua kerabat kenalan,
Langkahmu pijak ditanah gharib,
Kau,
Ditunggu-tunggukan kepulanganmu,
Dinanti-nantikan ketibaanmu,
Saban hari sekian lama,
Setiap detik setiap waktu,
Ini
Tanya ini padanya empunya jasad yang kata dirai,
Apa bikin kau ingat begitu?
Apa dah kau ada apa dah kau milik?
Apa hasil penantian berzaman?
Apakah hanya tahunan yang lalu bazir tersisa?
Yang disemat di dada itu apakah rasa?
Yang dipahat di akal itu apakah ilmu?
Yang ditabiat itu apakah amal?
Yang diguna pakai memandang alam jendela mana yang jadi selakan?
Yang dijadi asas penimbang laku apa pasak pancangnya?
Yang luncur lalu meniti bibir asal mana musabab apa gimana cara katanya diuntai?
Bebaris soal atas terbait,
Berjawablah sendiri dengannya diri,
Layakkah sudah jadi yang ditunggu itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
