Jangan lupa hidup tak lama
Jangan lupa hidup tak dipunya semata
Jangan lupa hidup diberi siDia
Jangan lupa masa diberi olehnya kenapa
Jangan lupa masa kan tidak dapat diundur
Jangan lupa masa kan ditanya apa buatnya
Jangan lupa nikmat diberi pada yang diuji
Jangan lupa nikmat diberi pada yang disuka
Jangan lupa nikmat diberi pada yang dimurka
Jangan ingat sedetik selepas pasti diramas
Jangan ingat segala laku berlalu
Jangan ingat semua budi basi
Jangan ingat semua nista dilupa
Jangan ingat pegang tali itu mudah
Jangan ingat jalan serakah itu payah
Jangan ingat betul itu ringan
Kerna ringannya betul hanya pada yang percaya
"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa diri sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada tuhan kamu" 45:15 |